Thursday, August 9, 2012

Makroekonomi: Defisit Imb. Perdagangan

Terangkan tiga langkah yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah defisit dalam imbangan perdagangan dan masalah kadar pengangguran yang tinggi yang berlaku secara serentak



[6]
a)
Dasar Devaluasi

Devaluasi akan menyebabkan harga eksport menjadi bertambah murah dan harga import bertambah mahal. Peningkatan eksport dan pengurangan import akan membaiki defisit imbangan perdagangan. Peningkatan eksport memerlukan lebih ramai guna tenaga dan akan mengurangkan kadar pengangguran.

b)
Mengawal import

Pengawalan import boleh dibuat melalui pengenaan tariff, kuota, kawalan mata wang asing dan embargo. Sekatan-sekatan ini akan mengurangkan import dan menggalakkan peningkatan keluaran domestik yang akan membaiki defisit imbangan perdagangan dan meningkatkan penggunaan guna tenaga yang akan mengurangkan kadar pengangguran.


c)
Galakan fiskal dan kewangan

Mewujudkan insentif-insentif fiskal dan kewangan bagi meningkatkan eksport melalui subsidi dan elaun eksport, pembinaan kawasan perusahaan, kawasan bebas cukai dan kemudahan-kemudahan pinjaman kepada para pelabur. Insentif ini akan membaiki kedudukan imbangan perdagangan serta meningkatkan penggunaan guna tenaga dan mengurangkan kadar pengangguran